Wednesday 18 February 2015

A touch of Remembrance_ 2nd Episode

As Salam,
 
Bertemu lagi kita hari nie... So aku nak sambung lagi kisah hidup perjalanan aku di tahun 2014... A touch of remembrance... Just untuk berkongsi yep... tak der rasa nak over2 atau pa per... Persoalan pada previous episode... Berjayakah aku dalam interview aku?
 
Pertengahan bulan Julai 2014 result interview telah keluar. The moment is still fresh in my mind. Aku tak dapat nak semak result aku sebab aku and Mr. Husben tak der data plan since kami menjaga ayahanda mertuaku yang warded di Hospital Teluk Intan. Beberapa orang kawan2 aku call tanya macam mana... dapat ker tak? Tapi.. memang tak boleh nak bagi tau la kan... coz seriously aku tak leh nak check... Waktu tu aku dapat tahu yang geng yang sama2 pergi interview ngan aku, hanya sorang ajer yang success, congrates buat Sharudin... 

Then Mr. Husben ajak ke Cyber CafĂ© since Kak Uii dan kak Mae pun ada sekali waktu tu untuk jaga ayah... Tapi lepas tu Kak Uii cakap yang dia ada bawak labtop, just guna data plan dia aje... Petang jugak la baru aku sempat semak result, faham2 aje lah keadaan kat hospital macam mana kan? Doktor pulak tak bagi ayah duduk dalam bilik, so kena lah ayah stay sekali dengan patient2 yang lain. Kenangan berada di ward tue sangat tak boleh dilupakan. Setiap hari ada yang meninggal.

Mula2 pakcik depan katil ayah, lepas tu katil hujung, lepas tu katil sebelah ayah pulak... Then, masuk pakcik yang lain pulak duduk sebelah katil ayah. Pada hari yang sama aku nak semak result, pakcik sebelah ayah tu meninggal, masuk tengah hari dalam keadaan sihat, dia cuma pening, dan ada masalah jantung, dia terjatuh time nak ke toilet dan kemudian meninggal... Al-fatihah buat mereka semua. Al-fatihah jugak buat ayahanda mertuaku, Yusop Bin Alang Laba yang telah kembali ke rahmatullah pada 26 Julai 2014 bersamaan 28 Ramadhan 1436H. Semoga ayah sentiasa tenang, diluas dan diberi cahaya yang terang di alam sana. Amin.

So, petang itu, dalam pukul 6.00 petang, time tu waktu melawat, yop, yong dah sampai, family Chik Ha pun ada, so amik kesempatan waktu tue, aku dan Mr Husben ambil satu ruang di satu sudut menunggu. Aku seriously rasa berdebar, semacam jer perasaan di hati, serious tak berani nak tengok, Mr Husben yang tolong bukakkan semua... Then, dengan sebelah mata aku tutup dengan jari... intai2 jugak...hehehe... owh... Tahniah.. Anda Berjaya...Tawaran ke luar ngara... Ya Allah, rasa macam tak percaya... Mr. Husben yang paling happy rasanya... Thank You my dear for your support... Rasa nak menitis air mata waktu tuh... Kak Uii, Kak Mae, Yong and Yop say congrates to me... Terus aku call my parents, abah ngan Ma di Kay Tee... Alhamdulillah kata Abah ngan Ma... Tahniah.... Ehm... Syukur atas segala nikmatmu Ya Allah... Dan lepas tue terus aku call kawan baik aku yang sama-sama pergi interview tempoh hari, Mid... dia kata dia dah agak yang aku salah seorang lagi calon yang brjaya dalam interview tuh... Alhamdulillah, tak sangka percubaan pertama interviewku brjaya... Terima kasih Ya Allah.

Aku harap geng yang sama2 pergi interview dengan aku hari tue tak putus semangat untuk apply lagi Biasiswa HLP untuk tahun 2016. Aku doakan mereka semua berjaya untuk application pada tahun 2015 ini.

Pada aku pulak, the journey is still berliku... bermacam perkara untuk aku perlu settlekan sebelum bergelar status student semula. Aku cuma doakan agar semua proses yang perlu aku lalui akan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah S.W.T. Amin.

So, uoalls dah dapat jawapan pasal interview aku kan?... Next episode aku akan cerita kisah perjalanan KIK aku pulak.... So... kita jumpa in the next episode yep...Terima kasih coz sudi membaca entri aku yang tak seberapa nie.... :-). Sebelum itu, jom kita sama2 baca rangkap2 pantun ini... Untuk peringatan kepada diriku dan uoalls semua jugak....

Zikrullah amalkan sentiasa,
Ikatan hamba berpisah tiada,
Agar terhindar segala dosa,
Sentiasa penuhkan ilmu di dada.
 
Kasih Allah kepada hamba,
Tiada putus sangat berharga,
Meniti hidup usah kecewa,
Teruskan hidup hingga berjaya.
 
Jangan lalai kejayaan ditempa,
Semua itu perjalanan jua,
Husnul Khatimah tertanam cita,
Moga doa diperkenan jua.
Amin...
 
Karya ustaz ASJA


No comments:

Post a Comment