Wednesday, 9 July 2014

ROTI JALA

As-salam,

Tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan salam ramadhan buat semua muslim yang membaca blog aku yang ciput nie.. Hari ini, just nak share roti jala cantik menawan bersama kuah durian yang sebenarnya dah lama aku draftkan dalam blog aku nie...cumanya tak sempat nak update kat sini sebab terlalu busy dengan kerja2 kat ofis + kerja2 kat rumah. Sambil membaca, silalah jamu mata anda dengan roti jala aku yang colorful nie...hehe
 
 
You alls...bulan 6 yang lalu tersangatlah padat aktiviti aku dengan conference, kursus dan yang paling tertekan untuk siapkan slaid KIK kumpulan aku, Kumpulan Matrix yang akan mewakili PUO ke Konvensyen Peringkat Kebangsaan Ogos nanti di Merlimau, Melaka. 
 
 
Setelah bersama2 ahli kumpulan, menempuh segala susah payah, alhamdulillah akhirnya slaid kumpulan Matrix berjaya disiapkan dengan jayanya. 200 pages terhasil yang pada mulanya terasa sangat susah dan terasa semacam tiada kemampuan untuk membuatnya. Tetapi atas daya usaha ahli kumpulan yang sentiasa bersama memberikan idea, sama2 berfikir untuk menyelesaikan apa jua masalah, sama2 membantu, akhirnya segala yang susah sebelum ini terasa sangat berbaloi dan berbunga-bunga apabila semuanya telah siap dengan cemerlangnya... Pada aku memang terasa sangat cemerlang dan berpuas hati dengan hasil yang kami persembahkan... hilang segala rasa pening, rasa nak termuntah dan menyampah ketika dalam proses menyiapkannya baru2 ini. Alhamdulillah.
 

Proses seterusnya pula adalah untuk mencantikkan lagi rupabentuk produk yang akan kami bawa ke konvensyen tersebut. Mudah-mudahan atas usaha bersama, inovasi kami yang sekarang ini sedikit bermasalah, akan dapat juga diatasi dan dapat dipersembahkan dengan rupabentuk yang kami sendiri berpuas hati. Insya'allah... Usaha belum lagi boleh berhenti setakat hari ini... Allahumma Yassir Wala Tu'assir, Rabbi Tammim Bilkhoir, Birohmatikaya Arhamarrohimin. Aamiin..

Ok lah..berbalik kepada roti jala aku nie, sesiapa yang berhajat ingin mencuba, bolehlah guna resipi kat bawah nie... confirm sedap...hehehe...

ROTI JALA

1 setengah cawan tepung gandum
1 setengan cawan air
Sebiji telur
Sedikit serbuk kunyit (untuk mendapatkan warna kuning)
Sedikit pewarna merah
Secubit garam
Secubit gula

Cara :
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali serbuk kunyit dan pewarna merah.
  • Blendkan sehingga bahan betul-betul sekata.
  • Bahagikan adunan kepada dua, satu diletakkan kunyit dan satu lagi diletakkan pewarna merah.
  • Gunakan acuan roti jala (aku cuma gunakan botol air mineral dan ditebukkan 2 lubang pada bahagian bawah botol dengan paku) dan tebarkan ke atas non-stick pan secara berselang-seli antara kuning dan merah.
  • Angkat dan gulungkan atau boleh juga dilipat menjadi segitiga.


KUAH DURIAN

5-6 ulas isi durian (ambil isinya)
2 cawan santan
sehelai daun pandan
gula pasir secukupnya
secubit garam

Cara:
  • Blendkan isi durian dengan sedikit air.
  • Masakkan santan bersama isi durian.
  • Masukkan daun pandan.
  • Campurkan gula pasir sesedap rasa bersama secubit garam.
  • Didihkan sebentar, angkat dan hidang bersama Kuih Pukat Buruk.
Pastikan kuah sentiasa dikacau ketika memasak.

SELAMAT MENCUBA!!! Dan terima kasih kerana sudi membaca entri aku yang tak seberapa ini.
 


Tuesday, 3 June 2014

KEK CARROT MINI

Salam,
 
Uihh...udah lama tak menjenguk sweetkurma...macam dah nak berdebu sikit dah nie...Busy sangat sejak akhir-akhir nie...Pergi vacation lah, KIK lah, siapkan proposal lah, HLP lah, kursus lah...ehm...macam-macam!!! hihi...tapi semua tu sangat berharga dalam hidup aku...
 
Hari semalam aku di JPM, Putrajaya  bersama geng2 aku... Ros, Sheila, Mid n Dr. Choong... Panel interview pun naik satu kereta ngan kita orang, tu yang kelakar tu tapi nasib baik tak kena interview ngan dia... kang nanti lidah kelu pulak bila geng sendiri yang interview...hik2... Mudah-mudahan kami berempat berjaya dalam interview HLP nie... Aku, Ros ngan Mid kena panel yang sama, Shiela aje panel yang lain, tapi mudah-mudahan semua panel akan meluluskan kami untuk mendapat biasiswa HLP tersebut. Amin.
 
 
Nie nak cerita pasal kek carrot plak. Dah lama jugak terperap gambarnya kat sini, coz tak sempat nak update...kikiki... Kek carrot yang aku buat khas untuk Aida, Mid ngan Ina... geng aku yang sentiasa bersama aku...Yang utamanya, coz nak pulangkan balik tupperware pink Aida, tak tau nak isi ape...jadi..sebab aku rasa macam sesuai jer kalau dibubuh kek dalamnya... so that's why lah terjadinya kek carrot nie, adaptasi daripada kek carrot yang aku buat sebelum ini.
 
 
Terima kasih Aida coz bagi pengat pisang haritu.. perut memang lapar waktu tu, then dapat pulak pengat pisang... uhmmm... habislah di ngap sama-sama ngan Ina..
 
 
Aku rasa kek nie cute sangat...uoalls rasa macam mana? hehe.. puashati rasa sebab dapat hasilkan kek carrot yang macam nie punya rupa... hihihi... maklum lah... aku nie bukannya kreatif sangat kannn... 
 
 
Ok...kalau uoalls rasa nak mencuba buat kek nie, uoalls leh rujuk resepinya di KEK CARROT OAT, cuma untuk kek carrot mini kali ini, aku guna resepi frosting yang lain, dan aku rasa, pada tekak aku la, frosting yang kali ini lebih sedap, cuma kena kurangkan gula sedikit since rasa dia macam termanis sedikit. Resepi frosting uoalls leh tengok kat bawah.

Frosting

225 g cream cheese
2 1/2 cawan gula halus
2 sudu besar butter
1 sudu besar jus limau (aku guna sunquick oren)

Cara:
  • Campurkan kesemua bahan.
  • Pukul hingga ia sebati dan kental.
  • Hiaskan ke atas kek.

SELAMAT MENCUBA UOALLS!!!

Monday, 5 May 2014

MANGGO LASSI

Salam,

Nampaknya musim mempelam or mangga tiba lagi. Banyak pokok2 mempelam sedang berbuah. Kalau menyinggah ke pasar malam atau lalu di kedai buah tepi jalan, sure akan nampak buah mempelam atau mangga yang pelbagai jenis dan warna kulitnya pulak sama ada hijau atau oren...memang ler menggiurkan...huhu...
 
Kat rumah pulak, last 2 weeks Mr Husben ada belikan mempelam giant... memang besar sungguh saiznya, kalau diukur gemuknya...3 kali ganda gelas nie ada... kalau diukur panjangnya..kira2, satu setengah panjang gelas nie lah jugak... Mr. Husben belinya di R&R Bukit Gantang waktu otw balik dari outstation di Penang tempoh hari. Nama mempelamnya??? Entah... tak tau lah pulak nama apa.. hehe... sowri...

Kerana tekak terasa nak minum sejuk, jadi dengan mempelam yang ada... terjadilah manggo lassi hasil inspirasi daripada collegue aku... thank you Mas.

 
Inilah hasil yang terjadi last 2 weeks...hari nie baru dapat tempek ke sini... terasa macam masa sangat mencemburui sekarang ini... huh3..


Haaa... nampak tak? apa yang uoalls nampak? isi pelam? yer betul... haha... patutnye aku potong banyak sikit letak kat dalam tuh... kasi lagi kaw...ehm... anyway... rasa sejuk manggo nie... dapatlah jugak basahkan tekak diwaktu2 sekarang nie yang kejap panas, kejap hujan kan...
 

Ok... dah puas tatap gambar kita ke resepinya pulak...;-)

MANGGO LASSI
Sumber : Cik Mat Gebu

2 biji buah mangga yang masak ranum saiz sederhana (aku nyer kes kena lah agak2 macam 2 biji mangga sebab mangga aku giant punyer saiz kan...)
1 cawan yogurt tanpa perisa (nak guna perisa mangga pun boleh)
1 cawan air mineral
2 - 3 camca besar penuh susu pekat manis (boleh ganti dengan gula secukup rasa)
1/2 biji lemon, perah jusnya
Ais kiub secukupnya
Sedikit isi mangga yang didadu untuk hiasan


CARA:
  • Cuci buah mangga tadi, kemudian lap kering.
  • Kupas kulit dan ambil isinya.
  • Masukkan ke dalam alat pengisar makanan (blender), tambah yogurt, susu pekat manis (atau gula), air mineral dan jus lemon.
  • Kisar hingga semua hancur dan sebati.
  • Masukkan pula ais kiub, dan kisar hingga ais kiub hancur.
  • Tuang dalam gelas sesuai, hias dengan isi mangga yang didadu tadi dan boleh hidangkan.
 
Terima kasih kerana sudi membaca dan SELAMAT MENCUBA!!!


 

Sunday, 4 May 2014

KEK CARROT OAT

Salam,

Akhirnya berjaya jugak aku dalam misi membuat kek carrot setelah beberapa minggu menyimpan niat. Sedapnya resepi kek carrot nie... menggunakan oat sebagai bahan tambahan... Kek Carrot Oat yang terhasil sempena Hari Buruh 1 Mei 2014 yang lepas sebagai tanda syukur dan gembira aku atas rezeki dan nikmat kerja yang telah aku dan Mr. Husben galas selama ini. Alhamdulillah.
 
 
Resepi yang aku ambil dari blog dapurkakjeee dan blog kak Azalita Masam Manis. Memang sedap!!! Suatu hari nanti, kalau ada kerajinan, aku akan cuba pula hasilkan kek carrot menggunakan kelapa kering sebagai bahan tambahan menggantikan oat seperti yang Mat Gebu buat. Insya'allah.
 
 
Tiba2 teringat Ma aku pulak... ehm... dulu.. masa aku kecik, Ma aku pun suka buatkan aku kek carrot nie... different recipe but the taste is still awesome... Terima kasih Ma...
 

So, kalau oalls nak cuba buat kek nie... nie die resipinya:
 
KEK CARROT OAT
Sumber Asal : dapurkakjeee & azlitamasammanis
 
Bahan2nya:
 
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecik baking powder *
½ sudu kecik soda bicarbonate *
½ sudu kecik garam *
1 sudu kecik serbuk pala
1 sudu kecik serbuk kayu manis * (semua bertanda * disatukan & ayak)
2 biji telor gred A
¾ cawan minyak jagung
¾ cawan gula halus (aku guna gula perang)
1¼ cawan carrot sagat ( guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
½ cawan nenas tin (cincang kasar2 & toskan)
½ cawan oats
½ cawan gajus (aku guna walnut)
 
Bahan cream cheese topping:
½ ketul mentega (aku guna 70g majerin)
½ ketul philadelphia cream cheese (aku guna 125 g cream cheese)
beberapa titis vanilla
3 sudu besar gula icing
 
Cara membuatnya:
  • Panaskan oven 180C. Kemudian ambil loyang empat segi 7x7inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu.
  • Telor dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati.
  • Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula.
  • Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula.
  • Akhir sekali masukkan kacang gajus (aku guna kacang walnut yang dicincang) yang telah diramas sedikit hingga pecah2.
  • Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam.
 
Cara membuat cream cheese topping:
  • Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus.
  • Kemudian sapu atas dan tengah kek yang telah disejukkan terlebih dahulu (aku taburkan juga kacang walnut pada bahagian tengah cream cheese tuh).
  • Jika terlalu pekat dan susah nak disapukan atas kek, tambahlah sedikit susu segar.
Terima kasih kerana sudi membaca dan SELAMAT MENCUBA!!!